Friday, August 29, 2008

Alat-alat muzik dikir barat


Gong merupakan peralatan muzik yang penting dalam persembahan Dikir Barat. Gong adalah tergolong dalam peralatan muzik idiophone Melayu yang silam dan dipercayai berasal dari Asia Timur Selatan. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa di Yunan. Dalam persembahan Dikir Barat gong berperanan sebagai bunyi tulang belakang yang mengawal tempo dalam essemble persembahan Dikir Barat.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Dalam persembahan Dikir Barat ia dimainkan bersama-sama dengan gendang ibu dan gendang anak mengikut rentak dan menghasilkan pelbagai irama yang unik. Gong dipercayai sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional Melayu.


Gendang ibu merupakan alat muzik utama dalam persembahan Dikir Barat. Gendang adalah alat muzik pukul yang sering dimainkan di negeri China. Pada zaman purbakala, gendang bukan sahaja dimainkan semasa mengadakan majlis-majlis sosial akan tetapi digunakan untuk mengarah tentera, menghalau binatang, memaklumkan masa dan mengeluarkan alarm. Sampai kini penggunaan gendang semakin meluas, ia sering digunakan dalam orkestra muzik tradisional, drama, nyanyian, tarian, upacara tarian dan termasuklah Dikir Barat.
Dalam persembahan Dikir Barat gendang berperanan mencipta irama lagu yang diperdendangkan. Pemain gendang perlulah memiliki kemahiran yang tinggi dalam aspek meningkah dan memcipta bunga-bunga irama yang unik dan menarik. Kebolehan meneroka corak irama yang rancak dan bertenaga membuatkan persembahan Dikir Barat menjadi menarik dn hebat.


Kadang kala kompang digunakan sebagai mengganti gendang anak dalam persembahan Dikir barat.Peranannya adalah sebagai peningkah atau menganak mengiringi paluan gendang ibu. Kompang merupakan sejenis alat muzik tradisional yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang, kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Dalam konteks persembahan Dikir Barat kompang yang digunakan biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit, ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan mengepit dicelah kankang sementara itu menepuk dengan menggunakan kedua=dua belah tangan.



1 comment:

asrie said...

medan susila dlm ingatan