Thursday, September 4, 2008

Friday, August 29, 2008

Alat-alat muzik dikir barat


Gong merupakan peralatan muzik yang penting dalam persembahan Dikir Barat. Gong adalah tergolong dalam peralatan muzik idiophone Melayu yang silam dan dipercayai berasal dari Asia Timur Selatan. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa di Yunan. Dalam persembahan Dikir Barat gong berperanan sebagai bunyi tulang belakang yang mengawal tempo dalam essemble persembahan Dikir Barat.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Dalam persembahan Dikir Barat ia dimainkan bersama-sama dengan gendang ibu dan gendang anak mengikut rentak dan menghasilkan pelbagai irama yang unik. Gong dipercayai sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional Melayu.


Gendang ibu merupakan alat muzik utama dalam persembahan Dikir Barat. Gendang adalah alat muzik pukul yang sering dimainkan di negeri China. Pada zaman purbakala, gendang bukan sahaja dimainkan semasa mengadakan majlis-majlis sosial akan tetapi digunakan untuk mengarah tentera, menghalau binatang, memaklumkan masa dan mengeluarkan alarm. Sampai kini penggunaan gendang semakin meluas, ia sering digunakan dalam orkestra muzik tradisional, drama, nyanyian, tarian, upacara tarian dan termasuklah Dikir Barat.
Dalam persembahan Dikir Barat gendang berperanan mencipta irama lagu yang diperdendangkan. Pemain gendang perlulah memiliki kemahiran yang tinggi dalam aspek meningkah dan memcipta bunga-bunga irama yang unik dan menarik. Kebolehan meneroka corak irama yang rancak dan bertenaga membuatkan persembahan Dikir Barat menjadi menarik dn hebat.


Kadang kala kompang digunakan sebagai mengganti gendang anak dalam persembahan Dikir barat.Peranannya adalah sebagai peningkah atau menganak mengiringi paluan gendang ibu. Kompang merupakan sejenis alat muzik tradisional yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang, kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Dalam konteks persembahan Dikir Barat kompang yang digunakan biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit, ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan mengepit dicelah kankang sementara itu menepuk dengan menggunakan kedua=dua belah tangan.



Sejarah Dikir Barat



Latar Belakang Dikir Barat
Dinegeri-negeri selatan Thai disebut sebagai dikir karut kerana kehadiran seorang penyanyi utama yang dipanggil tukang karut, selain itu zikir atau zikr disebut oleh mereka sebagai dikir. Diseluruh negeri Kelantan dikir barat merupakan satu bentuk muzik yang popular sebagai hiburan. Pada zaman dahulu persembahan dikir barat bertemakan kehidupan seharian biasanya menitikberatkan unsur-unsur lucu.namun sekarang ia berubah mengikut perkembangan semasa, tema dan konsep persembahan banyak berkisar kepada isu-isu politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan, masalah sosial dalam kehidupan masyarakat sejagat.
Pada kebiasaannya dikir barat dipersembahkan pada musim menuai, majlis perkahwinan, berkhatan, dan majlis-majlis keramaian. Namun pada masa kini dikir barat dijadikan sebagai platfom untuk memperlihatkan kehebatan seni tradisional melalui pertandingan yang dianjurkan diperingkat kampung, kebangsaan dan antarabangsa.

Cara Persembahan

Format persembahanan dikir barat terdiri daripada :

1. Awok-Awok : Ahli pemain dikir barat biasanya terdiri daripada sepuluh hingga lima belas orang yang dinamakan awok-awok. Awok-awok berperanan menyanyikan korus yang disamapaikan secara unison. Korus yang berbentuk seperti pantun bertujuan untuk berbalas-balas pantun dengan penyanyi. Semasa mengadakan persembahan awaok-awok duduk di atas lantai dalam bulatan berhadapan diantara satu sama lain. Sambil menyanyi mereka menggerakkan lengan, tangan dqan bahagian atas anggota badan seolah-olah menari mengikut irama muzik diselangseli dengan tepukan dan teriakan yang kuat pada bit-bit yang tertentu.

2. Juara : Merupakan penyanyi yang memulakan lagu persembahan juga digelar tok juara. Pada kebiasaannya tok juara akan duduk sebaris dengan pemain muzik. Tok juara akan memulakan lagu dengan lenggang lenggok tanpa meter dan berjelal-jela mengikut kemahuan dan moodnya bergaya zikir. ia seolah-seolah meniup semangat kepada pasukannya untuk mempamirkan persembahan yang menarik dan bersemangat. Tok juara juga berperanan memberi panduan kepada penyanyi selanjutnya iaitu tukang karut.

3. Tukang karut : Merupakan individu atau penyanyi yang paling penting dalam persembahan dikir barat. Selalunya ia bebas bergerak di atas pentas sambil menyalunkan nyanyain. Beliau memiliki kemahiran mecipta pantun secara spontan dan dianggap sebagai insan yang mempunyai bakat semulajadi dalam bidang penciptaan, menarik, lucu, bijak, memukau perhatian audion.



Resume

1. BUTIR-BUTIR PERIBADI

Nama Penuh ( Huruf Besar ) SHAHIDAN BIN HARON BSD, PJK, PPS, PPA.
Tarikh Lahir 25 March 1961
Umur 47 tahun
Tempat Lahir Taiping Perak
Jantina Lelaki Keturunan/ Agama Melayu/ Islam
Taraf Perkahwinan Kahwin Warganegara Malaysia
Alamat :No : 638, Lrg Beringin 5, Kg Tersusun Batu 7, Lekir
32020, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.
Alamat Surat
Menyurat : Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor
Pangkor, 32300 Perak Darul Ridzuan
No. Telefon Rumah
05-6792375
012-5654472 Pejabat : 05-6851014 Email : ZidanTLDM@Yahoo

2. BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN
Nama Jawatan Guru Penolong Tarikh Lantikan 1 March 2007
Gred GD 41 Tarikh Sah Jawatan 1 March 2008
Alamat Tempat
Bertugas Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor
Pangkor, 32300 Perak Darul Ridzuan.

3. BUTIR-BUTIR SUAMI/ISTERI
Nama Penuh Suami/Isteri Norhayati Bt. Noordin
Tarikh Lahir 9 June 1960
Umur 46 Tahun
Tempat Lahir Pulau Pinang
Kelulusan Dip. Kejururawatan Keturunan/Agama Melayu/Islam
Pekerjaan Jururawat Kesihatan Warganegara Malaysia
No: Telefon Pejabat : 05-6791527 Rumah : 05-6792375
Alamat Majikan Pejabat Kesihatan Manjung,
Sitiawan,32100, Perak darul Rizduan.

4. BUTIR-BUTIR ANAK
Bil Nama Tarikh Lahir Umur
1. Nurul Asyiqin Bt. Shahidan 21.Nov 1990 18 Tahun
2. Nurul Syuhada Bt. Shahidan 19 June 1997 11 Tahun

5. KELAYAKAN AKADEMIK & PROFESIONAL
Bil Sijil/Ijazah Sekolah/Institusi/Universiti Gred/Kelas/CGPA Tahun
1. Sijil Asas Muzik Swee Lee Institution
Sembawang, Singapore Lulus 1980
2. The Associated Board of Royal School of Music
( ABRSM ) Acedemy Music & Art
Sitiawan, Perak Gred 6 2001
3. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dengan kepujian Universiti Pendidikan Sultan Idris 3.19 2002
4. Ijazah Sarjana Pendidikan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris Dalam Pengajian 2007

6. PENGALAMAN KERJA
Bil Tahun Majikan Jawatan
1. 1981-1990 Pasukan Pancaragam Pusat Tentera Laut DiRaja Malaysia ( TLDM ) Woodland, Singapore, 2775. Pemuzik
2. 1990-2007 Sekolah Muzik, Kolej Tentera Laut DiRaja Malaysia, Lumut, Perak, Darul Rizduan. Jurulatih Kanan Muzik
3. 2002-2007 Yamaha Muzik & Art Sitiawan, Perak Darul Rizduan. Guru Muzik Sambilan 4. 2007 Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor, Pangkor, 32300 Perak Darul Rizduan. Guru Penolong
5.2007 Orkestra Guru Perak, Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Konduktor/ Pemuzik
6. 2008 Jabatan Pelajaran Negeri Perak,Unit Kokurikulum (Muzik) Fisilitator/ Penceramah

7. KURSUS-KURSUS YANG PERNAH DIHADIRI
Bil Tarikh Kursus Peringkat
1. 19-21 Nov 1996 Kursus Induksi Pegawai Dalaman Pelaksanaan Pensijilan MLVK Kebangsaan
2. 4-6 Ogos 2003 Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia, PWTC, Kuala Lumpur Kebangsaan
3. 11-14 Feb 2004 Bengkel Kemuncak Seni Revival Universiti
4. 28-30 Nov 2005 Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia, UPSI, Tg Malim, Perak Kebangsaan
5. 11-15 Apr 2005 Kursus Penulisan Notasi Berkomputer Perkhidmatan
6. 20-22 Sept 2006 Kursus Produksi Audio,TLDM, Lumut Perkhidmatan
7. 20 Mei 2007 Kursus Induksi Guru di Sentosa Hotel Alor Star Negeri
8. 7-10 April 2008 Bengkel Orkestra Guru Muzik Perak di Hotel Malaya, Kuala Lumpur. Negeri
9. 30 April 2008 Bengkel Penulisan Lagu Tradisional,Purnama Resort, Pangkor Negeri

8. ANUGERAH DAN PENGHARGAAN
Bil Tahun Anugerah/Penghargaan Peringkat
1. 15-17 Nov 1984 Pingat Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Sultan Iskandar.DK. Persekutuan
2. 1985 Pingat Perkhidmatan Am ( PPA ) Perkhidmatan
3. 30 Sept 1985 Pingat Pemerintahan DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Negeri Selangor
4. 6 June 1998 Pingat Bintara Setia Diraja ( BSD) Persekutuan
5. 1996 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan
6. 1998 Pingat Perkhidmatan Setia ( PPS ) Perkhidmatan
7. 2000 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan
8. 2003 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan
9. 18 Mei 2006 Pingat Jasa Kebaktian ( PJK ) Negeri Selangor